Monday, August 25, 2014

Merdeka?

Dulu
Tat kala laungan keramat dilaungkan
Menitis air mata tanda kesyukuran
Bila tanah melayu tidak lagi ditawan
Kaulah kebanggaan anak watan
Yang berusaha hingga ke penghabisan
Tanah melayu bersorak kegembiraan
Menyambut akan hari kemenanggan
Disambut dengan penuh penghayatan
Menghayati kisah pahlawan kemerdekaan

Kini
Pabila dilaungkan ungkapan merdeka
Disegenap dimensi dan corong media masa
Jiwa tanah ini tidak bergetar dan terasa
Apakah ia sudah tidak ada kuasa
Atau mungkin hati ini sudah terlupa dan leka
Akan apa sebenar makna sebalik merdeka
Anak muda disuntik dengan keseronokkan dunia
Tiada penghayatan seperti dahulu kala
Penuh hiburan yang terkinja semata-mata
Yang tiada memberi manafaat kepada bangsa
Menjerumus pemilik tanah ini dijajah semula

Kelak
Apakah kita mahu tunggu dan melihat
Suatu saat nanti kedudukan kita akan tergugat
Kekuasaan kita diragut tanpa rasa hormat
Tanah yang penuh dengan keringat anak watan
Diambil dengan rakus penuh kebanggaan
Dijajah kembali dengan penuh kehinaan
Dimanakah mereka yang berkenaan
Yang bersuara lantang tetapi berjiwa kuman
Apakah kau mahu melihat tanah ini kembali ditawan

Duhai Hati

Duhai hati
Janganlah kau terlalu mementingkan diri
Tidakkah kau puas dengan apa yang diberi

Duhai hati
Berhentilah dari terus menyiksa diri ini
Kerna aku sudah tidak mahu tersiksa lagi

Duhai hati
Sudah berkali-kali kau disakiti
Janganlah kau teruskanya lagi

Duhai hati
Dia mungkin diciptakan untuk di cintai
Tapi dia bukanlah dicipta untuk diri ini

Duhai hati
Biarlah ia berlalu pergi jauh dari sisi
Kau harus redha dengan ketentuan illahi

Thursday, August 21, 2014

Rahsia Hati


Pertama kali aku melihat mu
Hati ini tertarik untuk mendekati mu
Walaupun lidah ini ku rasa kelu
Ku gagahi juga untuk bertemu
Pertama kali bicara bersua muka
Santun mu buat ku tertawan
Apakah ia hanya suatu kebetulan
Atau ianya adalah suatu ketentuan
Namun hati ku hanya mampu merasa
Kan ku pendam segala rasa di jiwa
Biarlah menjadi rahsia di hati
Menyemai cinta yang tidak pasti
Bila sampai saat dan ketika itu
Kan ku luahkan rahsia hati ini
Untuk dijadikan teman hidup ku
Permaisuri yang kekal abadi

[ K E M B A L I ]

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Sudah lama benar tidak mengupdate blog ni, akibat dari kelekaan serta kesibukkan tahap maksima..

Jadi dengan tajuk [ K E M B A L I ] untuk entri kali ini. Tiada apa yang mahu dinukilkan, cuma ingin mengucapkan ribuan kemaafan dari diri ini sekiranya tiada entri terbaru sejak 7 jun 2008. Lama juga tu, sekarang sudah masuk tahun 2014.

InsyaAllah, sekiranya di berikan kelapangan maka kembali menulis entri yang terbaru buat tatapan kalian.

Sekian,
Terima kasih