Sahabat..
Apa erti seorang sahabat
Sekiranya engkau tidak pernah berbakti padanya
Dan meminta untuk dia melindungi mu
Sedangkan dia berbuat baik atas mu
Mengapa engkau menyakitinya
Itukah yang dinamakan sahabat
Sahabat..
Akan datang membantu jika kau memerlukanya
Tidak pernah sedikit pun menceritakan keburukan mu
Kerana dia menghargai bantuan dan kebajikan dari mu
Mengapa kau tidak sesekali menghargainya
Sedangkan dia telah banyak membantu dalam apa jua keadaan
Tapi mengapa engkau memburukan dan mengata dia
Tidakkah perbuatanmu itu telah memalukan dirinya
Sahabat..
Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu
Dia akan menutupnya dengan kebaikan mu
Sekiranya engaku bercakap denganya
Tidak pernah sesekali memalingkan muka
Dan sentiasa membenarkan kata-kata mu
Jika kamu berdua berselisih faham
Nescaya ia lebih senang mengalah
Demi menjaga ukhuwah yang telah terbina
Dan menjaga kepentingan persahabatan
Itu barulah di namakan sahabat
Sahabat sejati yang lahir dari hati
terkadang aku bertanya pada hatiku..warna apa yang ada dalam kehidupanku..hingga harus membias dan terbias..oleh sentuhan warna hati sekitarku..maka aku warnakan ia menjadi sebuah puisi..penuh dengan warna-warni kehidupan..
Monday, March 3, 2008
tHe mEaniNg of SahAbaT
Labels:
puisi melayu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment