Showing posts with label puisi melayu. Show all posts
Showing posts with label puisi melayu. Show all posts

Monday, August 25, 2014

Merdeka?

Dulu
Tat kala laungan keramat dilaungkan
Menitis air mata tanda kesyukuran
Bila tanah melayu tidak lagi ditawan
Kaulah kebanggaan anak watan
Yang berusaha hingga ke penghabisan
Tanah melayu bersorak kegembiraan
Menyambut akan hari kemenanggan
Disambut dengan penuh penghayatan
Menghayati kisah pahlawan kemerdekaan

Kini
Pabila dilaungkan ungkapan merdeka
Disegenap dimensi dan corong media masa
Jiwa tanah ini tidak bergetar dan terasa
Apakah ia sudah tidak ada kuasa
Atau mungkin hati ini sudah terlupa dan leka
Akan apa sebenar makna sebalik merdeka
Anak muda disuntik dengan keseronokkan dunia
Tiada penghayatan seperti dahulu kala
Penuh hiburan yang terkinja semata-mata
Yang tiada memberi manafaat kepada bangsa
Menjerumus pemilik tanah ini dijajah semula

Kelak
Apakah kita mahu tunggu dan melihat
Suatu saat nanti kedudukan kita akan tergugat
Kekuasaan kita diragut tanpa rasa hormat
Tanah yang penuh dengan keringat anak watan
Diambil dengan rakus penuh kebanggaan
Dijajah kembali dengan penuh kehinaan
Dimanakah mereka yang berkenaan
Yang bersuara lantang tetapi berjiwa kuman
Apakah kau mahu melihat tanah ini kembali ditawan

Duhai Hati

Duhai hati
Janganlah kau terlalu mementingkan diri
Tidakkah kau puas dengan apa yang diberi

Duhai hati
Berhentilah dari terus menyiksa diri ini
Kerna aku sudah tidak mahu tersiksa lagi

Duhai hati
Sudah berkali-kali kau disakiti
Janganlah kau teruskanya lagi

Duhai hati
Dia mungkin diciptakan untuk di cintai
Tapi dia bukanlah dicipta untuk diri ini

Duhai hati
Biarlah ia berlalu pergi jauh dari sisi
Kau harus redha dengan ketentuan illahi

Thursday, August 21, 2014

Rahsia Hati


Pertama kali aku melihat mu
Hati ini tertarik untuk mendekati mu
Walaupun lidah ini ku rasa kelu
Ku gagahi juga untuk bertemu
Pertama kali bicara bersua muka
Santun mu buat ku tertawan
Apakah ia hanya suatu kebetulan
Atau ianya adalah suatu ketentuan
Namun hati ku hanya mampu merasa
Kan ku pendam segala rasa di jiwa
Biarlah menjadi rahsia di hati
Menyemai cinta yang tidak pasti
Bila sampai saat dan ketika itu
Kan ku luahkan rahsia hati ini
Untuk dijadikan teman hidup ku
Permaisuri yang kekal abadi

Saturday, June 7, 2008

Ayuh bangkitlah syabab..

remaja..

sedarlah bangkitlah dari mimpi indah ciptaan mu
jangan kau terus lena dan tengelam dalam kegelapan
berusahalah mencari sinar dalam kehidpan mu
jangan sesekali kita musnahkan zaman remaja mu
memanfaatkan masa yang diberikan dengan sempurna

kerna jika kita tidak mengunakan ia dengan sebaiknya
maka kau akan ketinggalan dalam arus kehidpuan
bukan ditinggalkan malah ia mampu merosakan
dengan mencantas peribadi seorang remaja yang mulia
menjadi seorang remaja yang tidak bermoral

ketahuilah..

Allah telah bersumpah dengan masa
bukan sekali malah berpuluh kali dalam kita suci
tiap detik, saat, minit, jam, hari, bulan dan tahun
akan dicatat segala perbuatan yang dilakukan
jagan sesekali kau mensia-siakan masa muda mu
kelak kau akan merana atas perbuatanmu sendiri
ketika itu mengalir air mata darah sekalipun
sudah tiada gunanya, seribu penyesalan meliputi jiwamu
tiada gunanya meminta untuk dikembalikan semula
ibarat setitik nila yang tumpah dalam segelas susu
tidak mampu untuk kembalikan ia kepada asalnya

bangkitlah..

manafaatkanlah masa muda dalam lima keadaan
masa kau muda yang penuh kecergasan dan kekuatan
gunakan sebaik-baiknya sebelum tiba masa tuamu
kerna apa yang berlaku pada hari tuamu
ditentukan dengan apa yang dilakukan ketika usia muda
masa muda tidak akan berlalu menjadi sebuah memori
dan masa tua adalah segalanya dalam kehidpan kita
dimana kecergasan usia muda akan menurun
seorang remaja yang cemerlang dan berwawasan
mampu manjadi warga emas yang gemilang dan terbilang
begitu juga sebaliknya ia bukan hanya dipersoalkan di dunia
malah ketika kita berada dipadang masyar kelak
dipertontonkan semua perbuatan dan perkerjaan kita
apa yeng kita lakukan ketika usia muda remaja
apa amalan yang mampu membantu kita kelak
saat itu tiada guna lidah yang petah berbicara
hanya amal perbuatan menjadi saksi segalanya

Thursday, June 5, 2008

ku rela melepaskan mu..

katakanlah wahai rembulan..
apakah masih ada cinta bagi ku..
apakah senyuman yang ku ukir selama ini..
hanyalah kepalsuan yang aku cipta..
demi menutup hati yang hampir mati..
hasruskah aku terus mengukir senyuman..
sedangkan hati ini merana..
terlalu pahit untuku telan semua ini..
semua keputusan yang ku terima darinya..
hati ini terlalu sedih dan pedih..
bagai dihiris dengan sembilu..

wahai sang pencinta..
apakah harus aku terus menunggunya..
sedangkan dia mempermainkan perasaan ini..
ibarat burung manis jangan dipakai..
aku tewas dan kecundang akhirnya..
tidaklah mawar hampiri kumbang..
bukanlah cinta bila di kejar..
akan ku biarkan cahaya cinta itu berlalu..
aku tidak akan menuggunya lagi..
malam ini, esok ataupun lusa..
biarlah cintaku pergi untuk selamanya..
biarlah dia bebas untuk mencintai..
juga bebas untuk dicintai..

duhai kekasih..
ketahuilah kau cintaku tidak pernah mati..
aku tidak akan mati kerna kehilanganmu..
walaupun kau tiada disisi menemaniku..
walaupun kau tiada disisi tika ku memerlukanmu..
aku mampu berdiri menghadap mentari..
aku masih boleh menghirup udara segar di pagi hari..
bahkan aku mampu bertahan tanpamu..
tiada apa yang berubah sama sekali..
takdir yang akan menuntunku..
mencari cinta yang kekal abadi..
akan ku semadikan memori kita bersama..
semoga kau bahagia disampingnya..

Wednesday, May 14, 2008

Guru Oh Guru..

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

nukilan:
USMAN AWANG
1979

Wednesday, May 7, 2008

Sejernih Kasih mu, Ibu..

ibu,

sebuah nama yang begitu masyhur
begitu gah bila di ungkapkan
kelunakan suaramu yg merdu
dan kelembutan gaya mu bagai sutera
merupakan suatu rahmat bagi kami
kamu merupakan kekuatan
dan benteng agama

tertanam naluri keibuan
amat mendalam di jiwa
insan yang mendambakan kebahagiaan
kasih sayangmu memberi nilai
pada diri dan kemampuan kami
penyeri dalam hidup kami
biar dimamah arus usia
tidak pernah kenal erti derita
kasihmu bagai sungai yg mngalir
tiada penghentiannya dan tak bertebing

duhai bonda,

di bahumu tergalas suatu beban
perjalananmu penuh rintangan
dalam mendidik dan membesarkan kami
setulus pengorbanan yang di curahkan
tidak pernah sekali kami nafikan
tidak pernah mengharapkan dibalasi permata
cukuplah engkau merasakan bahagia
lihat anak-anakmu berjaya
kaulah anugerah paling istimewa
bagi kami, anak-anak mu
kau penawar hati duka
walau hatimu terluka
engkau ibu engkaulah bapa
pabila ayah tiada

wajah mu tenang
sebak di dada di rahsiakan
tidak pernah sekali di luahkan
hanya tuhan dapat membalas jasamu
kerna tuhan yang tahu penderitaanmu
semoga dikurnia sejahtera ke atas mu

*Selamat Hari Ibu..

Thursday, March 6, 2008

mEmoRi beRsaMAmu aYah..


Ayah..
Sejak kau pergi hidupku begitu sunyi
Semangatku dari dahulu hingga kini
Masih terasa mengikut pengembaraanmu
Yang kian jauh
Tetapi serasa dekat benar pabila teringat
Dengan air mukamu yang bersih
Ketika wajahmu ditutup sutera putih
Pemergian terakhir
Yang silam


Ayah..
Pabila Ramadhan menjelang….
Kesepianku dan keinsafanku
Semakin tersayat
Manik-manik jernih mula menitis
Dari dua buah kolam setia
Yang kumiliki sejak hayatku bernafas
Hingga kini

Ayah..
Pabila kuingat sayangmu mencurah di dada
Terangnya masih kurasa bagaikan purnama raya
Pabila kesalahan kulakukan kemarahanmu membara
Lantas penampar melayang ke pipi
Rotan melengkar ke kaki
Namunpun begitu hatiku tidak terluka
Cuma air mataku bercucuran
Pabila tangisanku reda
Aku bangga ayah
Kau pandai mengajar
Anakmu…..

Kejayaanku hari ini adalah hasil usahamu ayah!!!


Monday, March 3, 2008

tHe mEaniNg of SahAbaT


Sahabat..
Apa erti seorang sahabat
Sekiranya engkau tidak pernah berbakti padanya
Dan meminta untuk dia melindungi mu
Sedangkan dia berbuat baik atas mu
Mengapa engkau menyakitinya
Itukah yang dinamakan sahabat


Sahabat..
Akan datang membantu jika kau memerlukanya
Tidak pernah sedikit pun menceritakan keburukan mu
Kerana dia menghargai bantuan dan kebajikan dari mu
Mengapa kau tidak sesekali menghargainya
Sedangkan dia telah banyak membantu dalam apa jua keadaan
Tapi mengapa engkau memburukan dan mengata dia
Tidakkah perbuatanmu itu telah memalukan dirinya

Sahabat..
Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu
Dia akan menutupnya dengan kebaikan mu
Sekiranya engaku bercakap denganya
Tidak pernah sesekali memalingkan muka
Dan sentiasa membenarkan kata-kata mu
Jika kamu berdua berselisih faham
Nescaya ia lebih senang mengalah
Demi menjaga ukhuwah yang telah terbina
Dan menjaga kepentingan persahabatan
Itu barulah di namakan sahabat
Sahabat sejati yang lahir dari hati



Friday, February 29, 2008

keRna aKu meMbuTuhkaN waKtu

sukar untuk ku mengikuti cara mu
terlalu jauh bagi ku
tiap saat ku memuja diri mu
jujur ku akui kadang kala ada rasa cemburu
namun tak perlu untuk ku bicara
jika aku ingin menjadi seperti mu

aku membutuhkan waktu untuk berubah
yang ku ingin amat sukar bagi ku
namun aku tidak akan berputus asa
akan ku bakar cemburu ku itu
dengan api semangat yang membara
akan ku coba dan terus mencoba
hingga nanti suatu saat
aku percaya dan aku yakin
yang aku bisa setanding dengan mu
malahan lebih jauh dari itu
mestinya saat itu tiada bedanya
antara kau dan aku sama saja