Monday, August 25, 2014

Merdeka?

Dulu
Tat kala laungan keramat dilaungkan
Menitis air mata tanda kesyukuran
Bila tanah melayu tidak lagi ditawan
Kaulah kebanggaan anak watan
Yang berusaha hingga ke penghabisan
Tanah melayu bersorak kegembiraan
Menyambut akan hari kemenanggan
Disambut dengan penuh penghayatan
Menghayati kisah pahlawan kemerdekaan

Kini
Pabila dilaungkan ungkapan merdeka
Disegenap dimensi dan corong media masa
Jiwa tanah ini tidak bergetar dan terasa
Apakah ia sudah tidak ada kuasa
Atau mungkin hati ini sudah terlupa dan leka
Akan apa sebenar makna sebalik merdeka
Anak muda disuntik dengan keseronokkan dunia
Tiada penghayatan seperti dahulu kala
Penuh hiburan yang terkinja semata-mata
Yang tiada memberi manafaat kepada bangsa
Menjerumus pemilik tanah ini dijajah semula

Kelak
Apakah kita mahu tunggu dan melihat
Suatu saat nanti kedudukan kita akan tergugat
Kekuasaan kita diragut tanpa rasa hormat
Tanah yang penuh dengan keringat anak watan
Diambil dengan rakus penuh kebanggaan
Dijajah kembali dengan penuh kehinaan
Dimanakah mereka yang berkenaan
Yang bersuara lantang tetapi berjiwa kuman
Apakah kau mahu melihat tanah ini kembali ditawan

No comments: